Topik kali ni aku nak sentuh sedikit tentang  camera jenis Nikon. Kali ni aku nak berkongsi sedikit info tentang Nikon D7000. Apa ada dengan 
kamera D7000 keluaran Nikon? Kamera yang berada didalam kelas 
pertengahan kini menjadi idaman kepada para photographer disebabkan ia 
merupakan pengganti kepada model D90. Jadi aku nak compare antara 
kelebihan D7000  dengan D90 (Nikon D7000 vs Nikon D90).
Adakah model ini merupakan pengganti 
kepada model D90 atau tidak? Bentuk dan saiz kamera adalah seperti D90, 
dan ia juga dilihat sebagai penambahbaikan kepada ciri D90. Datang dalam
 pada harga yang lebih kurang sama , dan bakal menjejaki kejayaan besar 
D90 dari segi jualan. Jadi mengapa Nikon mengatakan bahawa D7000 bukan 
pengganti D90? Mudah… mereka tidak mempunyai badan D7000 yang mencukupi 
untuk dijual didalam jangka masa pendek dan mereka masih mempunyai 
banyak baki kamera D90 untuk dijual.
| Perbandingan saiz badan D90 dan D7000 | 
Jika kita peminat atau pengikut setia 
model DSLR, pastinya kita akan tahu bahawa Nikon secara perlahan-lahan 
telah menambah prestasi dan ciri-ciri terhadap model ini. Dari model 
D70/D70s kepada D80 seterusnya D90 dan terkini D7000. Perkembangan 
terhadap saiz badan dengan asas dan gaya, harga, atau set 
ciri-ciri tidak banyak berubah. Tetapi setiap perubahan telah 
meningkatkan kualiti imej, prestasi, dan perlahan-lahan menambah 
beberapa ciri-ciri pro-level.
Model ini juga telah telah didatangkan dengan lensa AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR. Masalah
 untuk mengambil gambar di dalam bangunan dengan cahaya yang suram kini 
tidak menjadi masalah lagi walaupun tanpa menggunakan flash. Tidak perlu
 memeningkan kepala untuk mencari setting yang susah untuk menangkap 
gambar kerana mode yang mudah seperti acara sukan, gambar studio dan 
pelbagai lagi hanya dengan satu sentuhan.
Nikon D7000 digital-SLR camera primary specifications
- 16.2 megapixels sensor resolution
- ViewFinder Magnification of Approx. 0.94x
- Type B BriteView Clear Matte screen Mark Ii with Af area brackets (framing grid can be displayed) Focusing Screen
- Hd Movie @ 1920×1080 (24fps), 1280×720 (30, 24, 25fps)
- Af while Movie Recording
- Max. Continuous Burst Speed of 6fps
- Metering law of Ttl exposure metering using 2,016-pixel Rgb sensor
- 39 focus points (including 9 cross-type sensors) Af System
- Image Sensitivity (Iso) of Auto(100-3200), 100-6400 (Expandable to 25600)
- 2x Sd/Sdhc/Sdxc Memory Cards slots
- Body Material of Magnesium alloy chassis & ‘real’ rubber hand grip (as opposed to rubberized coating)
- Body Weight of Approx. 690g
- Dimensions (W x H x D) is at 132 x 105 x 77mm
 


 






 
 
 
 
 

Sy nak tnya pndpt antara D90 dgn D5300 mana lagi elok saya beli??..ramai kawan kawan sy suruh beli D90 dan bila sy g kedai dia cakap baik beli D5300 sebab harga dia lebih Kurg apa pndpt awak??
ReplyDelete