Monday 23 July 2012

WOW....LENS AF-S DX NIKKOR 18-300mm f/3.5-5.6G ED VR

Salam semua...Pada 14 Jun 2012 yang lalu, Nikon telah melancarkan lensnya yang terbaru iaitu AF-S DX NIKKOR 18-300mm f/3.5-5.6G ED VR.

Lens yang mempunyai kuasa zoom sebanyak 16.7x ini mampu menjana gambar yang cantik dan menarik pada panjang fokus 18-300mm.

Lens ini juga didatangkan dengan dua mode fokus iaitu M/A (Manual Overide) dan M (Manual).
Sistem kunci pada lens turut digunakan pada lens ini bagi mengelakkan lens ini berputar tanpa pengetahuan ketika kita meletakkanya di dalam beg.

Sudah pasti lens ini akan menjadi kegilaan para photographer memandangkan jarak fokusnya yang panjang dan kebolehannya mengambil gambar dari segenap sudut.


Untuk pengetahuan semua, harga lens ini dianggarkan sekitar RM3k.So, sesape yang ingin membeli lens 18-200mm ni, mungkin lebih baik anda tunggu sedikit masa lagi dan kumpul lebih banyak duit untuk membeli lens Nikkor 18-300 mm ini...:)

Nikon D3200 (Seimbas lalu)

Salam...untuk kali ni aku nak share sedikit info tentang keluaran terbaru nikon dalam keluarga permulaan iaitu Nikon D3200. Nikon D3200 telah dikeluarkan pada 19 April 2012.Seperti yang korang tahu Nikon D3200 ni merupakan pengganti kepada Nikon D3100 dan juga Nikon D3000..apa perbezaannya???Ok..meh sama2 kita selidik...


Spesifikasinya agak menarik la jugak. Apa yang menarik minat aku ialah pada skrin LCDnya. Kali ini ditambah kepada 921,000 dot sama seperti model D300s, D700, D3s, D4. Pasti lebih baik bagi kita untuk melihat gambar yang telah dirakam.

Image prosessor terbaru daripada Nikon iaitu Nikon EXPEED 3 juga digunakan pada model D3200 ni. Prosessor ini membantu mendapatkan gambar yang jelas, tona yang baik dan pastinya noise yang lebih baik.
Megapixel yang ditawarkan juga lebih tinggi iaitu 24.2 megapixel! Ditambah dengan WU-1a Wi-Fi modul.

Dari segi harga aku rasa x banyak beza dengan Nikon D3100.mungkin dalam lingkungan RM2k ke bawah.tp kalau sebaliknya, xtaula pulak...mgkn sebab teknologi yang ditawarkan adalah TERKINI!

Nikon D3200 didatangkan dalam dua versi warna iaitu hitam dan merah.Jadi,para penggemar Nikon D3200 bolehla membeli mengikut warna yang dikehendaki. Pada pendapat aku, pemilihan warna pada Nikon ni mungkin untuk menyaingi strategi Canon yang menawarkan 2 warna pada camera Canon 1100D.Al-maklumlah..kedua-duanya berada pada kelas "Entry Level Camera".

Untuk info selanjutnya,korang bolehla melayari website Nikon D3200 sendiri...

Goodbye Nikon D3100

 
Salam...Setelah hampir setahun setengah aku menggunakan Nikon D3100, akhirnya aku terpaksa melepaskannya pergi beberapa hari yang lepas...pemergian Nikon D3100 diganti dengan Nikon D7000...Terus terang, D3100 ni banyak membantu aku dalam dunia fotografi ni...walaupun ia hanya mempunyai fungsi2 yang asas pada sesebuah camera, namun itu dah cukup untuk menghasilkan gambar yang cukup menarik dan cantik...Sempat jugakla beberapa job photography wedding aku guna D3100 ni...Alhamdulillah, hasilnya pun memuaskan.Pada pendapat aku, Nikon D3100 ni cukup sesuai untuk beginner yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia fotografi ni...Fungsi2 yang mudah diteroka dan digunakan membuatkan ia menjadi pilihan para beginner....Bajet x banyak membuatkan aku terpaksa trade in D3100 ni dengan D7000...Insyaalllah, kalo ader sape2 nak jual D3100 kat aku pas ni, mungkin aku akan pkr2 gak nak beli,mane tahu,leh bg kat anak aku pakai...hehe.Apa-apapun,TERIMA KASIH NIKON D3100!!!

Sunday 22 July 2012

Kartun Ramadhan

Salam...Sebahagian kartun ramadhan untuk tatapan korang semua...Memang ada antaranya yang kelakar, tapi bila difikirkan balik memang situasi-situasi ni terjadi dalam kehidupan seharian kita...malah aku sendri pun pernah alaminya...Enjoyyyyy

Situasi yang mungkin berlaku dikalangan guru bukan Islam







Welcome to Nikon D7000

Salam...Welcome D7000...kenapa aku pilih tajuk ni utk post kali ni?Sebenarnya beberapa hari yang lepas, aku baru je beli Nikon D7000.Bukan nak menunjuk-nunjuk atau berlagak,tapi dibeli atas dasar keperluan.Maklumlah,..aku dah jadi photographer skang,so kenala guna camera slr yg 'up' sikit.Aku beli body je..lens yg lama 18-105mm masih boleh pakai untuk body D7000 ni. Lens tu pun aku beli yg second hand je ms aku guna Nikon D3100 dulu...
Dari segi perbezaan antara Nikon D3100 ngan Nikon D7000 ni, memang banyakla bezanya.Dari segi saiz pun, memang D7000 ni lebih besar berbanding D3100 dan ianya lebih berat.Namun bukan itu yg aku cari pada Nikon D7000 ni. Sebaliknya, function2 yang ada pada kamera ni yang memang diperlukan oleh photographer macam aku.Shortcut2 yang ada pada kamera ni seperti iso, Scene, Autofocus dan sebagainya, memudahkan aku untuk bekerja nanti. Gambar dan warna pada gambar pun cantik. Sharpness pun bagus. Overall,aku memang puas hati dengan Nikon D7000 ni buat masa ni.Ini je yang aku dapat share ngan korang buat setakat ni.Mungkin lain kali aku akan ceritakan benda2 menarik tentang D7000 ni.Salam & selamat berpuasa :)

Saturday 21 July 2012

Nikon D7000 vs D90


Salam pembaca…
Topik kali ni aku nak sentuh sedikit tentang  camera jenis Nikon. Kali ni aku nak berkongsi sedikit info tentang Nikon D7000. Apa ada dengan kamera D7000 keluaran Nikon? Kamera yang berada didalam kelas pertengahan kini menjadi idaman kepada para photographer disebabkan ia merupakan pengganti kepada model D90. Jadi aku nak compare antara kelebihan D7000  dengan D90 (Nikon D7000 vs Nikon D90).
Adakah model ini merupakan pengganti kepada model D90 atau tidak? Bentuk dan saiz kamera adalah seperti D90, dan ia juga dilihat sebagai penambahbaikan kepada ciri D90. Datang dalam pada harga yang lebih kurang sama , dan bakal menjejaki kejayaan besar D90 dari segi jualan. Jadi mengapa Nikon mengatakan bahawa D7000 bukan pengganti D90? Mudah… mereka tidak mempunyai badan D7000 yang mencukupi untuk dijual didalam jangka masa pendek dan mereka masih mempunyai banyak baki kamera D90 untuk dijual.

Perbandingan saiz badan D90 dan D7000
Jika kita peminat atau pengikut setia model DSLR, pastinya kita akan tahu bahawa Nikon secara perlahan-lahan telah menambah prestasi dan ciri-ciri terhadap model ini. Dari model D70/D70s kepada D80 seterusnya D90 dan terkini D7000. Perkembangan terhadap saiz badan dengan asas dan gaya, harga, atau set ciri-ciri tidak banyak berubah. Tetapi setiap perubahan telah meningkatkan kualiti imej, prestasi, dan perlahan-lahan menambah beberapa ciri-ciri pro-level.
Model ini juga telah telah didatangkan dengan lensa AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR. Masalah untuk mengambil gambar di dalam bangunan dengan cahaya yang suram kini tidak menjadi masalah lagi walaupun tanpa menggunakan flash. Tidak perlu memeningkan kepala untuk mencari setting yang susah untuk menangkap gambar kerana mode yang mudah seperti acara sukan, gambar studio dan pelbagai lagi hanya dengan satu sentuhan.
Nikon D7000 digital-SLR camera primary specifications
  • 16.2 megapixels sensor resolution
  • ViewFinder Magnification of Approx. 0.94x
  • Type B BriteView Clear Matte screen Mark Ii with Af area brackets (framing grid can be displayed) Focusing Screen
  • Hd Movie @ 1920×1080 (24fps), 1280×720 (30, 24, 25fps)
  • Af while Movie Recording
  • Max. Continuous Burst Speed of 6fps
  • Metering law of Ttl exposure metering using 2,016-pixel Rgb sensor
  • 39 focus points (including 9 cross-type sensors) Af System
  • Image Sensitivity (Iso) of Auto(100-3200), 100-6400 (Expandable to 25600)
  • 2x Sd/Sdhc/Sdxc Memory Cards slots
  • Body Material of Magnesium alloy chassis & ‘real’ rubber hand grip (as opposed to rubberized coating)
  • Body Weight of Approx. 690g
  • Dimensions (W x H x D) is at 132 x 105 x 77mm
Dibawah ni aku ada sediakan video perbandingan antara Nikon D7000 ngan D90..Mungkin video dibawah ni akan membantu korang mengenalpasti perbezaan antara D7000 ngan D90...

Friday 20 July 2012

Niat berpuasa di bulan Ramadhan

Kepada umat Islam yang mungkin terlupa niat puasa di bulan Ramadhan, ni aku sharekan kat korang semua...Semoga memberi manfaat (klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas...)

Job Fotografi Pas Raya...:)

Salam...Bulan pose ni biasanya photographer2 akan bercuti selama sebulan...mane taknya, bulan pose bro...kenduri2 kawin boleh dikatakan takder, tp x dinafikan jugak mungkin ada family yg nak wat kelainan, diorang akan wat waktu malam,so...mestila nak pki photographer kan..tp aku ni termasukla photographer yg bercuti selama sebulan tu...lgpun aku photographer baru, makan masa jgkla or nak kenal, n berikan job...tp setakat ni alhamdulillah,aku dah mendapat 2 job photography wedding pas raya nant...1st job kat besout 4 (jauh gak tu...) dan 2nd job kat langkap.Kedua-dua job ni pada 23 n 25hb 8 ni....At least ada gakla job yang menanti...x byk pun asalkan ada...hehe

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, kita berkesempatan lagi berjumpa dengan bulan Ramadhan 1433H...Bulan ramadhan, bulan yang mulia dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia...Bulan yang menjanjikan seribu keberkatan...Di kesempatan ini, ingin saya ucapkan selamat menyambut ramadhan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam....Moga kita mendapat syafaat dan digandakan lagi amalan dalam bulan yang mulia ini...Ingat2la ye,kalo beli kat pasar ramadhan tu,jgn spi membazir...walaupun syaitan telah dibelenggu, namun kita kena ingat bahawa nafsu masih menguasai diri...Salam Ramadhan kepada semua..:)