Monday 23 July 2012

WOW....LENS AF-S DX NIKKOR 18-300mm f/3.5-5.6G ED VR

Salam semua...Pada 14 Jun 2012 yang lalu, Nikon telah melancarkan lensnya yang terbaru iaitu AF-S DX NIKKOR 18-300mm f/3.5-5.6G ED VR.

Lens yang mempunyai kuasa zoom sebanyak 16.7x ini mampu menjana gambar yang cantik dan menarik pada panjang fokus 18-300mm.

Lens ini juga didatangkan dengan dua mode fokus iaitu M/A (Manual Overide) dan M (Manual).
Sistem kunci pada lens turut digunakan pada lens ini bagi mengelakkan lens ini berputar tanpa pengetahuan ketika kita meletakkanya di dalam beg.

Sudah pasti lens ini akan menjadi kegilaan para photographer memandangkan jarak fokusnya yang panjang dan kebolehannya mengambil gambar dari segenap sudut.


Untuk pengetahuan semua, harga lens ini dianggarkan sekitar RM3k.So, sesape yang ingin membeli lens 18-200mm ni, mungkin lebih baik anda tunggu sedikit masa lagi dan kumpul lebih banyak duit untuk membeli lens Nikkor 18-300 mm ini...:)

0 comments:

Post a Comment