Salam...untuk kali ni aku nak share sedikit info tentang keluaran terbaru nikon dalam keluarga permulaan iaitu Nikon D3200. Nikon D3200 telah dikeluarkan pada 19 April 2012.Seperti yang korang tahu Nikon D3200 ni merupakan pengganti kepada Nikon D3100 dan juga Nikon D3000..apa perbezaannya???Ok..meh sama2 kita selidik...
Spesifikasinya agak menarik la jugak. Apa yang menarik minat aku ialah pada skrin LCDnya. Kali ini ditambah kepada 921,000 dot sama
seperti model D300s, D700, D3s, D4. Pasti lebih baik bagi kita untuk
melihat gambar yang telah dirakam.
Image prosessor terbaru daripada Nikon iaitu Nikon EXPEED 3 juga
digunakan pada model D3200 ni. Prosessor ini membantu mendapatkan gambar
yang jelas, tona yang baik dan pastinya noise yang lebih baik.
Megapixel yang ditawarkan juga lebih tinggi iaitu 24.2 megapixel! Ditambah dengan WU-1a Wi-Fi modul.
Dari segi harga aku rasa x banyak beza dengan Nikon D3100.mungkin dalam lingkungan RM2k ke bawah.tp kalau sebaliknya, xtaula pulak...mgkn sebab teknologi yang ditawarkan adalah TERKINI!
Nikon D3200 didatangkan dalam dua versi warna iaitu hitam dan merah.Jadi,para penggemar Nikon D3200 bolehla membeli mengikut warna yang dikehendaki. Pada pendapat aku, pemilihan warna pada Nikon ni mungkin untuk menyaingi strategi Canon yang menawarkan 2 warna pada camera Canon 1100D.Al-maklumlah..kedua-duanya berada pada kelas "Entry Level Camera".
Untuk info selanjutnya,korang bolehla melayari website
Nikon D3200 sendiri...